
Assalamua'laikum,
Akhirnya setelah berusaha keras dan berkat kesabaran, akhirnya pergerakkan yang dahulunya hanya bergerak secara senyap-senyap akhirnya mendapat kata dua dari pada pihak atasan. Ini menunjukkan persatuan ini dapat menjalankan aktiviti dan turun menjalankan latihan tanp ada pihak yang mengghalang. Ini merupakan kejayaan Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia untuk membuka kelas di wilayah selatan negara. Kelas pertama sudah pun bermula pada 13 Februari dengan hanya segelintir ahli lama dari UTMKL turun untuk menjalani latihan, tetapi dengan ahli yang sikit tidak mematahkan semangat untuk bergerak, kerana perancagan demi perancangan sedang di atur untuk menarik ahli yang baru menyertai. Saya amat bersyukur tentang kejayaan ini dan seronok setelah hampir setahun tidak bergerak aktif di sini, ahli lama utmkl harap dapat menyertai dan meramaikan lagi untuk menggerakkan persatuan ini ;)....
wassalam ;)
No comments:
Post a Comment